Sunday, December 23, 2012

‘Program Semai Bakti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)’ ‘OT Employability & Training’

Assalamualaikum... :D

Pada Ahad, bersamaan 2 Disember 2012 telah diadakan sebuah program yang dianjurkan oleh PPPCK:

‘Program Semai Bakti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)’

‘OT Employability & Training’ 

Selaku pengarah program Wan Noor Haida Bt Wan Ahmad Kamal, beliau memastikan program ini berjalan dengan lancarnya..
   Aktiviti ini bertempat di PDK Saujana Utama, Saujana Utama, Kuala Selangor. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan seramai 40 orang pelajar jurusan Pemulihan Carakerja UiTM, 2 orang pensyarah PPPCK selaku pengiring dan pemerhati, guru-guru PDK Saujana Utama, 11 orang pelajar PDK Saujana Utama dan ibu bapa.



Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan lanjut kepada mahasiswa/I tentang para pelajar kelainan upaya yang mempunyai masalah seperti masalah fizikal dan mental. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat mempersiapkan mahasiswa/i sari segi mental dan fizikal untuk latihan amali kelak. Tambahan lagi, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama mahasiswa/i UiTM dengan kanak- kanak daripada PDK SU tersebut.

Program ini diserikan dengan aktiviti-aktiviti seperti senaman fizikal dan sukaneka seperti kerusi muzik, lempar pundi kacang dalam gelung rotan dan juga bawa bole pingpong dalam sudu pada sebelah pagi. Kemudian, pada sebelah petang, program ini disajikan dengan bengkel tentang Kemahiran Mengenai Alatan Permainan Nilai Terapeutik ; Motor Halus, Kognitif, Sensori Integrasi dan Akademik.Penilaian OPA dan OPC juga turut diadakan. :)













No comments: