Tuesday, May 6, 2014

ONE BIG FAMILY

‘One Big Family’ ialah program berbentuk usrah yang diadakan seminggu sekali dan berlangsung sepanjang tahun. Program ini melibatkan pelajar diploma dan degree OT. 


Objektif program ialah :


  • Merapatkan silaturrahim
  • Melahirkan hubungan yang rapat seolah-olah seperti ahli keluarga
  • Mewujudkan kerjasama dan semangat berkumpulan antara ahli PPPCK
  • Mendedahkan isu-isu semasa, keagamaan dan kekeluargaan


    Antara tajuk usrah yang dibincangkan ialah :
    1. Pengenalan usrah dan taaruf
    2. Kelebihan Surah Al kahfi
    3. Pengertian bersuci dalam ibadat, aurat dan ikhtilat
    4. Solat dan konsep dakwah
    5. Isu semasa mahasiswa dan mahasiswi muslim seperti tabarruj
    Setiap perbincangan dibincangkan dalam kumpulan yang kecil yang diketuai oleh naqib/naqibah. Usrah dilaksanakan secara santai dan diselitkan unsur permainan dan humor agar dapat menarik perhatian dan memudahkan pemahaman sesama mahasiswa/i.