PROFIL PPPCK



COGAN KATA PPPCK
' KE ARAH HIDUP BERERTI, BERDIKARI DAN BERKUALITI'



VISI PPPCK
  • Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja UiTM sebagai satu medium untuk ahli berinteraksi secara kreatif dan kreatis. Selari dengan pembangunan modal insan.

MISI PPPCK
  • Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan berwawasan tinggi.
  • Mewujudkan generasi berfikiran positif ke arah pembangunan berprofesion.
  • Memupuk semangat cinta dan sayangkan persatuan.
  • Mewujudkan ahli-ahli PPPCK yang mengutamakan integrasi dan integriti.
  • Melahirkan ahli-ahli PPPCK yang mencerminkan identiti profesion.

PENGERTIAN LAMBANG DAN BENDERA
  1. Dua anak panah ke bawah melambangkan peranan jurupulih cara kerja yang lengkap berdasarkan occupational performance model - memberikan rawatan fizikal, psikologi dan psikososial.
  2. Anak panah ke atas melambangkan daya usaha pelajar pemulihan carakerja untuk meningkatkan keupayaan berdikari pesakit, membentuk persepsi positif masyarakat dan usaha pelajar memajukan kefungsian maksima pesakit untuk berdikari dalam kehidupan harian mereka supaya kehidupan mereka akan lebih bererti dan berkualiti.
  3. Bentuk bulat melambangkan pelajar yang bersatu hati untuk meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya.
  4. Lambang dua orang manusia melambangkan identiti berprofesionalisma - memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya.
  5. Warna putih melambangkan kemurniaan hati pelajar berhasrat untuk membantu orang kurang upaya.
  6. Warna biru melambangkan kemuliaan keluasan pandangan pelajar ke arah yang lebih positif.